Polis Kelantan meningkatkan pengawasan, kawalan dan risikan di kawasan sempadan susulan insiden pengeboman dan ketegangan yang berlaku di Takbai, Selatan Thailand malam tadi.<br /><br />Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, keadaan di sempadan setakat ini adalah selamat dan terkawal.